Selain dinyatakan sebaliknya, hak cipta di dalam laman web ini dan isi kandungannya, termasuk tetapi tidak terhad kepada teks, imej, grafik, fail suara, fail animasi, dan pengaturannya, adalah dimiliki, dikawal oleh dan/atau dilesen kepada Hong Leong Bank Berhad dan/atau syarikat-syarikat berkaitan dengannya (selepas ini dirujuk secara kolektif sebagai “HLBB”) dan adalah dilindungi oleh undang-undang hak cipta Malaysia dan Antarabangsa yang berkenaan.
Anda boleh muat turun mana-mana isi kandungan dan material dari laman web HLBB untuk kegunaan peribadi anda, tetapi tidak boleh menggunakan isi kandungan dan material tersebut untuk kegunaan lain tanpa persetujuan nyata secara bertulis daripada HLBB atau pegawainya yang diberi kuasa. Anda tidak boleh membuat apa-apa perubahan kepada isi kandungan dan material yang anda muat turun dan anda bersetuju bahawa anda tidak memperolehi apa-apa hak milik di dalam apa jua isi kandungan atau material yang dimuat turun.
Anda tidak akan membuat semula, meminda, menerbit, mengedar, menyiar, memindah milik, menjual, menghasilkan kerja-kerja derivatif, atau dalam apa jua carapun mengeksploitasi mana-mana isi kandungan atau material, yang terdapat di dalam laman web HLBB secara sepenuh atau sebahagiannya. Anda harus menggunakan laman web HLBB dan setiap isi kandungan atau material di dalamnya hanya untuk tujuan yang sah di sisi undang-undang. Sebarang pembuatan semula, penyiaran semula atau penyalinan atau pindaan lain yang tidak dibenarkan, terhadap isi kandungan laman web HLBB ini mungkin melanggar hak di bawah statut dan undang-undang umum atau “common law” yang boleh menjadi subjek tindakan undang-undang.
Semua cap dagang, cap servis dan logo yang dipaparkan di dalam laman web ini adalah hak milik HLBB dan/atau milik pihak ketiga seperti yang dikenal pasti di dalam laman web.
Walaupun HLBB berusaha sepenuhnya untuk memastikan isi kandungan dan material yang dipaparkan dalam laman web HLBB ini adalah tepat, boleh dipercayai dan lengkap, HLBB ataupun pengarahnya, pegawai, pekerja ataupun agennya tidak mewarankan, merepresentasikan atau menjamin ketepatan, kebolehpercayaan atau kelengkapan isi kandungan dan material di dalam laman web HLBB ini dan apa-apa kebergantungan ke atas mana-mana bahagian darinya oleh anda tidak akan membawa kepada apa jua tuntutan terhadap HLBB, pengarah, pegawai, pekerja dan agennya.
Anda bertanggungjawab untuk menilai kualiti, kecukupan, kelengkapan, sifat terkini dan bergunanya kesemua perkhidmatan, isi kandungan, nasihat, pendapat dan maklumat lain yang diperolehi atau boleh diakses melalui laman web ini; selanjutnya anda harus mendapatkan nasihat profesional pada setiap masa dan memperoleh pengesahan pihak ketiga yang bebas bagi material dan maklumat yang disediakan di dalam ini sebelum membuat sebarang keputusan pelaburan, perniagaan atau komersial berdasarkan material atau maklumat tersebut.
Sepertimana dibenarkan di bawah undang-undang yang berkenaan, anda akan membela, mengganti rugi dan melepaskan HLBB, pengarah, pegawai, pekerja dan agennya dari dan terhadap semua tuntutan, liabiliti dan perbelanjaan yang timbul dari penggunaan laman web HLBB atau perlanggaran mana-mana peruntukan di dalam ini oleh anda.
Jika anda tidak bersetuju atau tidak berpuas hati dengan peruntukan ini, laman web HLBB atau isi kandungan atau material di dalam ini, remedi tunggal dan eksklusif anda adalah untuk berhenti menggunakan laman web HLBB ini. HLBB memegang hak untuk meminda, menambah, mengeluarkan atau mengubah mana-mana atau kesemua peruntukan, isi kandungan atau material di dalam laman web HLBB secara serta merta dan pada bila-bila masa megikut budi bicara mutlaknya.
Penggunaan dan akses kepada laman web ini mungkin ditamatkan atau digantung oleh HLBB, sama ada secara sebahagian atau sepenuhnya, pada bila-bila masa tanpa notis terdahulu atau sebab. |
Laman web HLBB adalah komited untuk memastikan privasi penggunanya. Maklumat yang dikumpul oleh HLBB mengenai anda bergantung kepada penggunaan kemudahan dan ciri-ciri laman web HLBB oleh anda.
Untuk membolehkan kami mengawasi aktiviti di dalam laman web HLBB, kami juga mengumpul maklumat seperti bilangan pengguna, tarikh dan masa lawatan, bilangan halaman yang dilawat dan maklumat yang dimuat turunkan. Selain itu, kami juga mengumpul maklumat peribadi apabila anda mengisikan borang tinjauan atau borang untuk menghubungi kami yang terdapat di dalam laman web HLBB.
Maklumat peribadi yang anda beri melalui laman web HLBB akan digunakan dalam memberikan perkhidmatan HLBB. HLBB mungkin juga menggunakan maklumat peribadi anda untuk memasarkan produk dan perkhidmatan HLBB kepada anda berdasarkan minat anda dan terutamanya untuk membantu HLBB dalam membentuk dan menyampaikan perkhidmatan dan produk yang mungkin boleh menjadi tarikan kepada anda.
HLBB tidak akan menggunakan atau mendedahkan maklumat yang dikumpul mengenai anda, termasuk maklumat yang dikumpul melalui penggunaan kuki, selain untuk tujuan yang telahpun dimaklumkan kepada anda, tujuan yang anda secara munasabah jangkakan, tujuan yang diperlukan, diberikuasa atau dibenarkan oleh atau di bawah undang-undang, atau tujuan lain yang diberikuasa oleh anda.
Segala rujukan kepada EON Bank Berhad (92351-V) dengan ini digantikan dan mempunyai maksud Hong Leong Bank Berhad (97141-X).
|